Tuesday, 5 March 2013

-NASIHAT KOPERMA-

Kami nak nasihatkan orang ramai agar tidak melekatkan sebarang sticker, logo atau apa sahaja yang boleh berkait dengan politik di kenderaan anda. Beberapa hari lalu jadi pada seorang kawan kami yang keretanya telah ditoreh di beberapa tempat dengan nama parti politik berlawanan dari yang ditampalnya di cermin kereta.



Inilah jadi bila ada segelintir yang terlalu fanatik hingga sanggup merosakkan harta-benda orang lain tanpa rasa bersalah.

Kami ada gambar dan kami boleh sebutkan parti apa yang ditampal dan yang ditoreh, tetapi tak perlu kami siarkan kerana itu bukan tujuan kami menyampaikan mesej ini dan apa yang penting mesej ini sampai kepada anda untuk berhati-hati agar tidak mengalami kerosakan harta-benda di luar jangkaan dek kerana si luncai yang terlalu fanatik. - Oh! Media

No comments:

Post a Comment